Thursday, December 30, 2010

Ngauman Harimau Malaya


Aummmmmmm......(nampak thril sikit sesuai ngan tajuk.hi hi)Dalam bahasa pak belang maksudnya salam sayang ...tak caya?tanya dia...ada bran?


Fuh,setelah sebulan berlangsungnya Piala AFF Suzuki edisi 2010 akhirnya termaktub sudah dengan begitu gagah dan megah,pasukan yang sebelum ini hanya dipandang sebelah mata oleh segelintir pihak berjaya memartabatkan semula sukan nombor satu negara dengan membaham skuad Garuda yang kononya begitu gah diceritakan dalam mitos dengan agreget 4-2.


Sekalung tahniah yang tidak terhingga buat K Rajagopal aka(Raja"Gombal")nakal btol diaorang ni..kerana berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap dari segala aspek.Aku memang respek atas kesungguhan setiap insan yang terlibat dalam mencari resepi seterusnya mengadun(macam nak masak pulak)sterusnya membentuk acuan yang boleh dianggap sempurna dalam membentuk kerjasama bagi menghasilkan pasukan yang benar-benar digeruni lawan.Syabas sekali lagi.


Apabila Harimau Malaya tumbang pada pertarungan pertama dirobek dan dicakar Garuda,sememangnya meninggalkan calar dan luka yang dalam apatah lagi ia di robek dengan bantuan pancaran laser hijau tu.Patutla Sharbinee tak dapat tangkap bola ye tak...Kekecewaan tetap ada bagi setiap pemain lebih-lebih lagi penyokong-penyokong yang sememangnya mengharpakan sesuatu yang terbaik buat edisi kali ini.Biasalah,kalau kalah mesti kena sumpah seranah punya.Itulah warna-warna yang sudah sememangnya sinonim dengan sukan yang menjadi perhatian nombor satu negara.Korang pernah baca dalam akhbar,pemain boling kena sumpah seranah dengan penyokong,perenang berirama kena caci dek kerana kekalahan?tak pernah kan?Itulah istimewanya bola sepak yang bukan sahaja di negara kita malahan seluruh dunia.Dahsyat kan.


Aku pun sama gak tak terkecuali.Time tengok team Malaysia main pastu kena tibai aje,sapa tak geram beb.Main macam budak2.Hantaran ntah apa2 ntah.Pertahanan macam puaka.Pastu hasilnya stadium lengang,cuma yang ada kumpulan penyokong ULTRA Malaya yang katanya penyokong setia pasukan negara.(harap2 jatuh bangun pasukan Harimau Malaya korang tetap teguh la ye)jangan sekadar mahu mencari publisiti sahaja.Kalau betul anda dan kita semua penyokong setia Harimau Malaya,ayuh bangkit dan semarakkan semula sokongan terhadap pasukan.Aunggggaaaaa......iklan jap.


Tatkala Harimau Malaya melangkah ke Separuh akhir menentang Vietnam,ada jugak rasa kegusaran bersarang di hati.Tapi aku memang berharap Harimau Malaya dapat bersemuka sekali lagi dengan Garuda masa Final.Mengharap sesangat weh...Persembahan yang ditonjolkan sangat menarik.Dari pelbagai aspek ,aku tengok ada sesuatu yang agak super power yang disuntik oleh K.Raja pada anak2 buahnya.Usia yang muda tetapi matang untuk menjelmakan setiap perancangan yang diaturkan.Itu lah yang kita cari.Bermain dengan penuh semangat,tak kenal erti penat,tak gentar,bijak menghidu peluang,bermain satu pasukan akhirnya berjaya memikat hati penyokong2 yang sememangnya dahagakan persembahan permainan sebegitu.Kredit buat semua pemain.Tak adil pulak kalau aku hanya sebutkan beberapa pemain yang memang bagus dan lincah atas padang terutamanya peledak Safee Sali,NorShahrul,safiq(kapten muda yang sangat matang)Kuna yang sememangnya berguna,Sabre yang kental,Muslim yang pintar dan tenang mengemudi barisan pertahanan,Amri Yahyah yang memang terkenal dengan "kesamsengan"kat padang(aku panggil pemain minit ke 80)..dan Khairul Fahmi si penjaga gawang yang memang aku tabik spring dengan ketangkasan dan kebijaksanaan beliau(jangan lupa diri dah ler)dan yang lain-lainya sememangnya mantap..Cuma aku sangat-sangat mengharapkan ada pemain2 berbanmgsa cina yang turut sama tersenarai dalam team Harimau Malaya ni Baru lah 1 pasukan,1impian,1 kegemilangan yang boleh dikongsikan....inilah pasukan yang kita ingin lihat mewarnai sukan nombor satu negara..


Berbekalkan 3 jaringan tanpa balas di gelanggang keramat Harimau Malaya,kita sudah hampir menggapai impian setelah gersang 14 tahun dalam edisi ini(dahulunya Tiger Cup).Dengan langkah penuh gagah walaupun pelbagai provokasi yang diberikan,kita tidak cepat melatah.Pengurusan pasukan memainkan peranan dengan baik bagi memastikan kegarangan Harimau Malaya tidak goyah dek jerat-jerat sampah penyokong2 lawan..Abaikan sahaja dan hasilnya satu permainan yang menarik dapat ditonjolkan dalam final yang berlangsung di stadium yang pernah mencalar Harimau Malaya 5-1 sebelumnya(alah,pakai laser boleh la)hihi...


Walaupun Harimau Malaya diasak bertubi2 namun ketajaman paruh dan kuku Garuda mudah ditangkis Sang Harimau Malaya.Itulah semangat yang kita mahukan sebenar-benarnya...Perancangan Reidl untuk memastikan anak-anak buahnya mendapatkan gol pada babak pertama bagi memastikan kejuaraan milik mereka GAGAL sama sekali.Kesungguhan dan kesabaran akhirnya terbalas.walaupun tewas dek kerana rasa simpati pemain pertahanan terhadap lawan menyebabkan Harimau Malaya tumpas 2-1.Tak mengapa kerana bekalan sudah mencukupi untuk merangkul kejuaraan.We are the champion!


Rasa nak menitis air mata bila terpampang kat dada-dada akhbar(surat khabar laris giler hari ni)gambar-gambar penonton setia Harimau Malaya yang berjumlah jutaan dan bukan ribuan di seluruh negara bersama-sama meraikan kemenangan pasukan Harimau Malaya.Restoran mamak,skrin mega,rumah member masing2 berpakat berkumpul ramai-ramai membuktikan kesetiaan sokongan yang tak berbelah bagi terhadap kamu Pasukan Harimau Malaya sehinggkan Rio Ferdinand turut mengikuti perkembangan tersebut.Bangga weh!


Ayuh,teruskan usaha,jangan toleh ke belakang lagi,jangan ada campur tangan orang lain yang hanya mahukan nama.Harimau Malaya korang memang auuummmmmmmmmMMMM!

Syabas Malaysia.




No comments: