
Thursday, December 30, 2010
Ngauman Harimau Malaya

Tuesday, October 12, 2010
Salam buat semua....
101010...sekali dalam 100 tahun..apa ada padanya?kenapa semua org rasa tarikh ni sst yg istimewa...istimewa sangat ke?Pada aku apa lah ada pada nombor..hanya sekadar susunan digit-digit yang memaksudkan bilangan,kiraan,jumlah dan nilai...Hmmm..rasanya tarikh ni lah jadi pilihan insan2 kat luar tu melangkah ke alam rumahtangga.Berlambak-lambak undangan perkahwinan bersempena tarikh 101010 tu...semuanya ingin jadikan ianya sst yang paling istimewa dan bersejarah dalam hidup mereka.Maklumlah bukan senang nak jumpa tarikh camni kan.bagi insan-insan yang menjadi public figure,sudah tentu 101010 tidak dapat dilupakan apabila menjadikan tarikh tersebut hari berbahagia mereka.(korang baca lah akhbar)ramai selebriti yang menjadi raja sehari pada tarikh ni...Harap-harap tarikh istimewa yang mereka pilih ni menjadi satu azimat untuk disimpan supaya gerbang perkahwinan yang dilalui akan kekal hingga ke akhir hayat.Janganlah satu hari nanti (bagi selebriti)keluar kat front page,artis A ke mahkamah syariah kes tuntutan cerai."artis B sudah tidak tinggal sebumbung"dan macam-macam lagi....biasanya dunia orang glamer camtu lah.Masa nak kahwin semua grand..Nak cerai pun kena grand jugaks ke?tak paham aku... Bagi yang lahir pada 1010 pula,tahun ni juga merupakan tahun yg istimewa buat mereka..pas ni dah takde dah kan.pas ni dah jadik 101011,101012 dan seterusnyaa..bagi yang lahir 1111,tunggu pulak tahun depan ye..tahun yg bermakna buat anda..
101010 juga satu tragedi yang dahsyat berlaku di mana satu kemalangan telah berlaku melibatkan bas,kereta ,van dan motorsikal.Kemalangan berlaku akibat kecuaian manusia melibatkan kehilangan nyawa.Siapa yang harus dipersalahkan?istimewa sangatkah 101010 tu?Pada aku istimewa bermaksud segalanya nampak indah,cantik dan tiada sebarang cacat celanya..tapi apa yang berlaku sedikit sebanyak mencacatkan keindahan hari 101010 tersebut..Apa yang berlaku sememangnya ketentuan dari Ilahi.Setiap sesuatu sememangnya telah tertulis.Hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap yang berlaku.Sebagai pengguna jalanraya seharusnya bersikap jangan lupa diri,jangan ego,pantang rasa tercabar dan ikutlah peraturan jalanraya(walaupun kekadang aku belasah jugaa)tapi agak-agaklah bak kata pepatah"ikut rasa binasa,ikut hati mati"...sabar itu kan separuh daripada iman...apapun 101010 bukan lah sesuatu yang terlalu istimewa dalam hidup aku...korang?
Monday, April 26, 2010
Ikan oh ikan ke mana engkau pergiiii........
Sabtu lepas aku berpeluang merealisasikan impian untuk pergi mancing offshore..plan antara aku ngan abg long sejak sekian lama akhirnya tiba saatnya setelah menghitung hari demi hari utk melabuhkan pancing kat pulau pisang...
Keterujaan aku utk folow trip ni(tanpa ada geng2 kaloi yg lain..sori geng...)membuaatkan aku mempersiapkan diri secara fizikal,mental n logistik untuk berada di laut lepas..mcm2 persoalan datang.Mmpu ke aku follow trip nih dengan ilmu pancingan yg sekelumit cuma..Set pancing pun bukannya yg terhebat...stakat set pancing below than rm200 jew..boleh ke aku tahan dilambung ombak tanpa mengeluarkan segala isi perut yg boleh menukar kaler muka jadik hijau...fuh,semua tu bermain dalam benak aku yg mmg agak benak dgn kaedah pancingn laut dalam nih...segala buku pancing abis aku borong...tu taak kira dgn dvd pancing lagi + train casting kat minyak beku ngan kwn2 kaloi lagi(biarpun tak dapat ikan janji puas)...kata orang kalo kail panjang sejengkal,lautan dalam jgn diduga...mmg betul..dan oleh sebab itulah aku tak jemu2 menimba ilmu untuk memastikan aku berjaya menjadi pemancing yg baik..
Fairuz
Khamis 22.4.2010.
-Masih survey mesin tambhan yg terbaik walhal shimano aku tu dah kira bes dah..ada satu spinning reel(daiwa saltist berapa siri ntaah aku pun tak hingat)mcm berkenan..bila tengok rege..Rm 1720.00..mak aiii....kensel..gilo apo stakat amatur nk beli set mcm tu..kalo pro pun lum tentu aku beli....
-Terus p kedai fadhli..takde plak org tua nih...sempat gak beli satu lure abu garcia,ladung,mata kail ngan perambut..tapi kalau dah ada kat kedai paancing nih,mmg berhantu..semua benda nampak indah..bak org pempuan bila masuk kedai emas.
Jumaat 23.4.2010.
-Aku rasa mcm ada benda lum lengkap dalam set kotak pancing aku ni..esok dah nk gi nih.
-SEmpat terjaah one stop(salah satu kedaai pancing yg cukup famous kat BP nih.Aku pun suka beli kt sini coz taukenya peramah,barang boleh tawar,mcm2 ada..mmg bes kedai ni...
-BEli umpan,leader 30lbs,line 40lbs..kopak lagi..takpe janji puas...org umah aku jeling jew..he.he.he.
-Tak sbar menantikan hari esok...nampaknya set pancing aku dah complete..reel pun dah decide nak bwk yg mana.Fuh..ready to go!Antara senjata yg digunakan untuk strike musuh gred A
Sabtu 24.4.2010.
-Last check untuk segala fishing equipment aku..
-bertolak dari BP kul 1130..abg long n other frenz dari jb..jumpa kata pontian terus..pada awalnya plan nak ke jb dulu..tapi atas sebab2 yg tidak boleh dijelaskan kat sini..terpaksa la gi sendiri tanpa ditemani owang umah aku n anak2..huhu...
-Lepas mkan n solat kat jeti, bot Pak Nor pun sampai.Pak Nor ni antara tekong bot yang popular untuk trip memancing ke Pulau Pisang nih..silap2 korang punya tempahan boleh overlapped ngan org lain..tak ke haruu tu.Beliau tahu mana lubuk2 ikn yg mmg gred A.Dalam hati aku berbunga2 n tak sabar nak layan tarik dgn tebal pipi,tenggiri,pari tak pun kerapu..fuh,angan2 tinggi beb!mau tak nye dah lama betul pancing aku tak menarik ikan..harap2 trip ni tak menghampakan.
-perjalanan dari jeti ke Pulau Pisang mengambil masa kira2 1 jam untuk sampai..keadaan laut yg tenang n cantik menjadikan perjalanan tak terasa jauhnya..mmg bes.Mabuk laut?alhamdulillh..tiada perkra2 yg tidak diingini berlaku.Mana taknya semua dah prepare ngan pil penahan mabuk..walaupun aku ni bukan kategori yg mabuk laut,tapi lain gelanggang lain rentak silatnya ye tak..eh,apa ke silat plak yg kuar nihh..hehe sajek je... Ready dah nih...
-Semua geng trip yg dah biasa main laut nih sibuk prepare senjata diaorg.Aku hanya bisa memerhatikan gerak tari diaorg..ye la diaorg nih dah tahap otai..aku nih baru jek nak berkecimpung dalam arena pancingan laut dalam nih..slalu kat kelong jek..lain beb!Mesin diaorg boleh dikategorikan dasat2 gak lah...aku dapat sesuatu utk dipelajari melalui trip nih....
- 5 minit pancing dilabuhkan kat lokasi lubuk gred A strike pertama berlaku..fuh ,melengkung joran (bukan aku punyer)..mak aihhh ..berbunga hati aku bila situasi seperti ni berlaku dalam tempoh tak sampai setengah jam.Paling koman tebal pipi 5-6 kilo mesti naik..sayang seribu kali sayang..kalau dah ditakdirkan bukan rezki..tus..putus!arggghhh.....kecewa sioot.perambut boleh terlucut..takpe2..lepas mendapat tunjuk ajar dari tekong yg berpengalaman berbelas tahun,kami pun memperkemaskan ikatan perambut masing2..ye lah mana tahu kejadian pertama berulang..tak ke haruuu....alahaiii..
-Selang beberapa minit,umpan udang mati yg abg long gunakan direnggut ikan..uiii dasat gak.Beliau nih kalo strike muka mesti angkuh punyeer...yes,sekor daun baru yg bersaiz agak sederhana berjaya didaratkan...Dalam hati aku pasni pasti banyak ikan2 yg bersaiz 'godang'akan muncul...Sekor lagi ikan berjaya dinaikkan oleh geng kami.Kali ni sekor kerapu pulak naik..Bes2...Berumpankan udang hidup,udang fresh,ruat dan selayang kami harap ada ikan2 gred A yg muncul...
-Selepas beberapa jam,tiada lagi getuan yg dapat dirasakan.Umpan yg terhidang bagai tidak berusik dan tidak membuka selera ikan2 berskala besar.Apa hal ni ek?Tekong mengarahkan kami menggulung tali pancing untuk berpindah ke lokasi lain..Mudah2an ada la rzki pasni.Itu harapan kami semua.
-Masa berjalan begitu pantas namun kami masih belum punyai rezeki.Langit mendung menutupi tirai kecerahan seawal kami datang tadi menandakan hujan akan turun..Semua bersiap2 untuk menempuh hujan dan laut yg sedikit bergelora.Cuak gak nih!Tapi alhamdulillah segala berjalan lancar,hujan hanya ingin menduga seketika cuma..Mana ikan ni semua pergiiii Argghhhh!kebosanan dah mula terasa bila mentari melabuhkan sinarnya..cheewah..mcm novelis plak..Selepas bersolat(walau dalam keadaan apa pun jgn lupa ye)kami mengalas perut dengan bekalan nasi lemak yg aku tempah khas (hehe..owang umah aku yg tempah)..mmg menyelerakan..tapi barang harus diingat ,makan tu beringat2 lah..sekadar utk alas perut..kalo dah santak sangat perut tu nanti..pasti nak membuang pulak!jgn carik pasal..atas bot tu der!kalo stakat yg kecik orait lagi kan..
-Malam makin larut..suasana tenang di atas hamparan laut yg luas terbentang mendekatkan diri kita dengan kebesaran ciptaan Ilahi.Itu yang penting...Pancing aku ngan kawan2 masih sepi.Sesekali getuan2 kecil sahaja berlaku.Apa masalahnya nih?Geng kami yang biasa trip kat sini pun pelik dgn keadaan yg berlaku.Tekong kami yg sangat terkenal ni pun pelik.Dah dekat 7 lokasi kami pindah,namun terpaksa akur dengan rezeki yg Allah berikan.Malam tu hanya 3 ekor ikan yu ,seekor gelama dan seekor duri.Yang selebihnya hanyalah umpan udang hidup yang still mengetik2 apabila tali pancing dinaikkan ke permukaan..What's the matter?
-Pagi yang cerahh dengan sinaran mentari yg nian indah apabila mencecah permukaan air begitu mengasyikkan susana.Kami berharap ada la rezeki di hujung2 trip ni.Lokasi ke 10 adalah yg terakhir dalam trip ni.Aku mengubah kaedah pancingan dari dasar ke casting.Seronok casting ni..beberapa minit lepas aku casting,joran geng kami direnggut ikan dengan kasar.Fuh,mmg bes.Spool berdecit2 bila mangsa berusaha melepaskan diri.Walupun drag dah diketatkan semaksima mungkin,namun braider 60 paun still keluar ditarik ikan..Humang aihh spesis apa nih..Jangkaan tekong setakat ikan 20-30kg main2 je nih...tengah syok giler tengok member bertarung ..tussssss!arggghhhh putussss...Korang bayangkan braider 60paun pun boleh putus.pariii koot..jelas riak wajah kecewa terpampang kat muka geng kami.Apa nak buat..sudah suratan takdir menentukaan.awal permulaan putus..akhirun pun putus...Terus kami tapau semua peralatan untuk bergerak pulang.Barang yang lepas jangan dikenang beb!
-Sepanjang perjalanan pulang..segala persoalan bermain dibenak.Apa sudah jadi kali ni.7 ekor jek kami dapat trip ni.Aku cuma dapat belin yg menjahanamkan perambut dgn sekor ikan tapak kasut saiz 8.Sedikit kecewa tapi apa yang paling penting erti sebuah persahabatan,pengalaman yg sgt berharga,kenangan yg sangat manis serta percaya bahawa rezeki itu bukan milik kami buat kali ni.Thanks alot guys..jumpa lagi next trip.Mungkin tika itu rezeki dijelmakan buat kita.Apa yg bermain difikiran...ikan oh ikan ke mana engkau pergiiiii...
Korang tengok2 jew la gambo2 kat bawah ni...
Wednesday, March 17, 2010
FB oh FB.....
Kata orang zaman berubah..seiring dengan kemajuan teknologi yg pesat...kalo korang tengok..kegilaan semua orang terhadap sesuatu benda yang baru mmg ketara..kalo dulu org gila main irc(masuklah channel mcm2..paling top masa tu kampung je lah yg aku tau)emel,ruang aku(myspace),friendster,blog,yahoo messenger,twitter,tagged dan yg muktahir..facebook(muka buku)..sebab tu lah dah lama aku tak meng up date blog kesayangan aku nih.ghalit dok ngadap FB...he.he..panjang sungguh alasan aku kan...
Memang gile..itu yang boleh aku ungkapkan..ko bayangkan berapa keuntungan org yg create menatang FB ni?kalo lah benda nih boleh buat mcm bisnes mlm yg lain,fuhhh....kaya raya kita semua nih..rata2 kawan yg korang ada lbih kurang paling sengkek pun 200 orang...pergghhh...bayangkan tuan2...tapi ada gak yang kawan dalam FB tak sampai 10 orang pun ada..itu tak tau le nak kata samada dia saja taknak ada ramai kawan atau jenis yg mmg tak suka berkawan,atau tak pandai nak finding frenz..bodonyeerr..he.he..kalo gitu baik takyah masuk FB kan.
Sekarang nih itu lah trend yg menggila...mana taknya dgn FB kita bukan saja leh dpt cari kawan lama,wat main game(tapi aku tak minat),biznez pun boleh,upload gambo2,tengok gambo org,aktiviti harian kawan,maklumat2,semua boleh....Orang yang takde FB boleh dikatakan ketinggalan lah..Bukan tu saja,FB jugak dijadikan salah satu platform utk individu menghentam org lain,mencaci,mengutuk pada pihak2 tertentu..takut kan bunyinya?..org skang tak pakai santau atau ilmu hitam nak sakitkan org lain..cukup dgn kemudahan teknologi nih aje dah buat seseorang panassszzzzz!....
Satu perkara yang aku suka sgt pasal FB ni ialah..benda ni free beb..tak perlu bayor pun.Tapi barang harus diingat,kepesatan pembangunan teknologi dan kegilaan manusia berada dalam kelompok laman sosial ini,pastinya ada pihak lain yang tersenyum lebar dan bertepuk tangan kerana berjaya mendoktrin pemikiran manusia untuk terus leka.Beringat2lah......
Setiap perkara pasti ada kebaikan dan keburukan.Malahan apa yg sangat2 dibimbangkan ialah peratusan keburukan tu lebih tinggi berbanding kebaikan yang ada..Apapun tepuk dada tanya iman.....pandai2lah dan berpesan2lah sesama kita...
P/s:untuk famili kaloi...blog famili kaloi baru sahaja dilancarkan.So,segala aktiviti kaloi akan dipaparkan kat dlm tu...www.familikaloi.blogspot.com author:The Kalois.
