
 
 Gambar masa aku nikah(1.6.2003)
Oklah...aku nak merungkai satu perkataan yang bila diucapkan satu dunia tahu n satu dunia dapat merasainya walau apa juga bahasanya Love (..C.i.n.t.a.....)..Cinta terhadap Yang Maha Mencipta,Cinta sesama insan,cinta pada tanahair,cinta pada harta n segalanya melibatkan hati dan perasaan...tanpa cinta dunia ibarat kelam tanpa warna...mcm korang tgk tv itam putih..seronok?pasti tak kan ...boring..bosan ...benda yang sama ajer..mna taknya itam ngan putih jek...hehehe..
 
 Love is something undefinitely.....once u know what love is...
Perasaan melibatkan cinta ni hadir tanpa kita duga..kalau rasa semacam jek kat hati korang n jantung mcm berdebar2 bila jumpe seseorang yang kita rasa special itulah perasaan cinta atau perasaan yang mna kita cuba untuk mendampingi seseorang..sure korang pernah rasa punya.Sama ada korang punyai perasaan terhadap dia atau pun PERASAN!wakakaka...
Aku cuba huraikan tentang cinta:
Cinta Itu Menakluki Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untukdirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.So sama2 takluk lah...jangan dari bercinta jadi BENCINYEEEEER......ada gak yang mcm tuu.masing2..nasib lah..
Cinta Itu Mengetahui. Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Takkanlah sebarangan jek korang nak bgi cinta.....gilerr la tuuu.. Cinta tidak perlu bertanya. ..maksud aku ia lahir tanpa korang tany apa itu cinta..tapi korang kena lah tanya orang yang korang rasa nak cintai tu..kalau diam jeeekkk....mana nak dapat diiikkk... kan aku dah bg tips soalan2 tu tadi...Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. ...kalau korng rajin baca novell biasanya awex la eh,klau org jantan suka baca novel...alamk...tak tau plak makkk nak cakap apa nyaaah..,kelasss ko suka bac novell..aduhaii...Ha,untuk awex2 yg suka baca novel,jangan terkejut kalau korang antara golongan yang beranak ramai..(teori yang terbukti ni beb)...Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.Korang lah pandu sendiri.Gear auto atau manual,drivelahh sendiri asalkan tidak menyusahkan orang.
Seterusnya ,Cinta Itu Hidup.Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan.Kalo korang memang jenis takde perasaan?..memang susah lah korang...plainnn jeek...
Cinta ada pada nya segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu kalau korang dapt rasakan inya hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.Yelah,kalu makwe tau pakwe korang dah pergi dulu,takkann tak carik pengganti beb....melainkan korang betul2 cinta gileeer lah...tapi kalau di jadi hantuuu?haa....nasiblahh korang..
Cinta Itu Suci .Sebagaimana yang korang tahu, cinta itu suci. Suci daripada hadas besar dan kecil...Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta dari orang yang ingin dicintai. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Tapi kalau korang tengok apa yang berlaku pada akhir zman nih,banyak anak yang bru lhir kerana cinta yang hanya bersulam nafsu dan kejahtan...melayu pulak tu yang ramai..bodoh ! Mereka yang kenal erti cinta serta betapa indahnya cinta yang dikurniakan Tuhan pada makhluknya akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta yang suci jadi bernoda dan berdosa...Bila perasaan menguasai akal maka musnahlah kesucian cinta.."Letakkanlah akal agar sentiasa berada dihadapan perasaan".Agung sebenarnya cinta ni...
Yang akhir sekali,,Cinta perlukan bukti. ..Ha...korang kalau nak buat claim apa2 mesti ada bukti pembayran kan beb..pling kurang korang amik resit kat kedai apek mana ,pastu tulis jek amount atas resit tu,janji ada bukti kan Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. 
Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya..itulah yang berlaku sekarang niii..nak bukti konon.pada org2 pempuan,janganlah percaya cakap2 jantan keparat jenis macm nihh....Orang lelaki jenis macam nih,cepat2lah korang reject dari dibuat laki..memang jahanam..Lepas dia jahanamkan kau dia blah mcm tu..
memang si** jantan mcm nihh....cinta konon..
kalau dia betul2 cintakan korang(pempuan) dia pasti akan kumpul duit,atau pergi bank rakyat yang sedia membantu masalah kekurangan modal untuk kahwin..jumpa mak bapk korang(pempuan) antar pinangan..Baru lh gentle bro!wat ape lah nak serah segalanya..Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika korang beri semua yang si jantan keparat tu mahu,apakah yang tinggal pada korang ? Benarkah dia cinta pada korang bila dia mahukan pengorbanan korang?atau korang memang nak jadi korban si jantan jalang nih...Lu pikirkan lah sama2 dengan kawan2 lu..Jangan lepas tu baru nak menyesal..keluar paper,saya di**** teman lelaki...Jadahnya,dah sama2 suka,lu buat statement cmtu plk..bru la nak dtang insaf,sedangkan si jantan dah lesap..bodoh2..muka jek lawa tapi peel mcm setan...
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.Ikut jalan yang diredhai Allah,insyaalah cinta akan kekal sepanjang hayat,sepertimana cinta agung para nabi..dan cinta aku pada Nurul Huda binti Abd Wahab.....I sayang u tau darling..walaupun kekadang u tengok i mcm tak ada perasaan..hehe.. stendetlah lelaki.......
Akhirul kalam,temuilah cinta sejati,walaupun ianya datang dan pergi,semaikanlah cinta pada hamparan jiwa wlaupun untuk seketika cuma dan Suburkanlah rohani dan jasmani dengan mencintai yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani......wallahualam...
p/s:kalau ada kesilapan ejaan dlm blog aku,aku mintak maaf la kan,bukan dapat markah punnn..dan aku tak perlu korang komen psal kesilapan ejaan,cukup sekadar dapat berkongsi satu bentuk penulisan merapu dari aku........... aliaalissa's

 
No comments:
Post a Comment