Monday, August 17, 2009

C.I.N.T.A. is LOVE.......segalanya tentang.....

"Cinta tak kenal siapa.....
hadir tanpa dipaksa........."

Hola....Asmkm n salam sayang buat semua..........


Mesti korang tertanya-tanya napa la aku create entry nih kan...Jawapan aku mudah..Suka ati akulahhh ni kan blog aku!he.he.he...itu lah kuasa seorang blogger..bebas nak create apa saje entry tanpa menghirukan sensitiviti org lain..Ha,itu bukan aku.Itu kerja blogger yang bersepah2 kat alam maya nih.Nak hentam org,nak kutuk orang malah lebih dahsyat sampi nak menjatuhkan maruah org pun ada.Ish3...buat2lah insaf kan..bulan Ramadhan dah makin hampir....banyak2 lah muhasabah diri..Yang tukang baca tumpang seronok n gelak menyaksikan keaiban org lain dibongkar oleh blogger2 yang hatinya hitam lagi busuk ya amaatt.Kalo korang tak caye cube ler rayau carik blog2 yg agak kurang hajar nih...aku baca pun sekadar nak compare blog yang suci murni mcm blog aku nih dengan blog2 yang mempunyai sisi gelap nih...he.he.he... kata org jauh perjalanan luas pengalman...tapi skang jauh perjalanan,banyak duit minyak ngan tol korang kena kluarkan...Wllahuaaalam..ikut korang lah...





Gambar masa aku nikah(1.6.2003)

Oklah...aku nak merungkai satu perkataan yang bila diucapkan satu dunia tahu n satu dunia dapat merasainya walau apa juga bahasanya Love (..C.i.n.t.a.....)..Cinta terhadap Yang Maha Mencipta,Cinta sesama insan,cinta pada tanahair,cinta pada harta n segalanya melibatkan hati dan perasaan...tanpa cinta dunia ibarat kelam tanpa warna...mcm korang tgk tv itam putih..seronok?pasti tak kan ...boring..bosan ...benda yang sama ajer..mna taknya itam ngan putih jek...hehehe..


Love is something undefinitely.....once u know what love is...

Perasaan melibatkan cinta ni hadir tanpa kita duga..kalau rasa semacam jek kat hati korang n jantung mcm berdebar2 bila jumpe seseorang yang kita rasa special itulah perasaan cinta atau perasaan yang mna kita cuba untuk mendampingi seseorang..sure korang pernah rasa punya.Sama ada korang punyai perasaan terhadap dia atau pun PERASAN!wakakaka...


Cinta boleh diluahkan melalui pelbagai kaedah daan cara..Cheewah mcm pakar jek aku nih.Aku bukannaya Dr. Love,tapi sekadar menyatakan buah fikiran tentang cinta nih.Kalau time korang nmpak satau awex yang korang rasa..fulamak,mcm nak ushar je kan...ha,apa langkah korang untuk pastikan yang si dia akan terperasan akan kehadiran korang untuk mengushar dirinya yang perasan cantik tu?Sure yang mudah,korang akaan tegur dia dengan soalan2 yang ntahapa2 ntah..contoh:(lokasi kat gerai jual kuih).hai asmkm,beli kuih ker?bodoh betul!mana tak bodohnya,dah tentulah terang2 awex tu memang nak beli kuih bila dia ada kat gerai jual kuih.Tkkan nak beli selipar plak kan..walaupun muka korang dah macm selipar bila awex tu senyum2 kambing kat korang..Cuba la advance sikit bab2 tanya soalan tuhh.baru la awex tu rasa "wow" hebat mamat nih..contoh soalan: 1)berapakah kandungan gula dalam kuih donat yang awak beli itu?adakah kehadiran glukosa yang banyak akan menjadikan kuih itu menjadi satu pantang kepada penghidap diabetes melitus?See, atau 2) Jika kuih tepung pelita itu dinyalakan,adakah boleh digunakan pada malam tujuh likur?ha..genius tak soalan tu..sekurang2nya dia ketawa dgn soalan korang..bila dia ketawa ,maknanya ada chance la tuuuu...sengal betull.aku bagi contoh jek,korang jgn ikut lak.Itu pun dah kira untung dari dia cop korang gileeeer..cinta lah tuu.

Aku cuba huraikan tentang cinta:


Cinta Itu Menakluki Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untukdirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.So sama2 takluk lah...jangan dari bercinta jadi BENCINYEEEEER......ada gak yang mcm tuu.masing2..nasib lah..


Cinta Itu Mengetahui. Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Takkanlah sebarangan jek korang nak bgi cinta.....gilerr la tuuu.. Cinta tidak perlu bertanya. ..maksud aku ia lahir tanpa korang tany apa itu cinta..tapi korang kena lah tanya orang yang korang rasa nak cintai tu..kalau diam jeeekkk....mana nak dapat diiikkk... kan aku dah bg tips soalan2 tu tadi...Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. ...kalau korng rajin baca novell biasanya awex la eh,klau org jantan suka baca novel...alamk...tak tau plak makkk nak cakap apa nyaaah..,kelasss ko suka bac novell..aduhaii...Ha,untuk awex2 yg suka baca novel,jangan terkejut kalau korang antara golongan yang beranak ramai..(teori yang terbukti ni beb)...Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.Korang lah pandu sendiri.Gear auto atau manual,drivelahh sendiri asalkan tidak menyusahkan orang.

Seterusnya ,Cinta Itu Hidup.Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan.Kalo korang memang jenis takde perasaan?..memang susah lah korang...plainnn jeek...

Cinta ada pada nya segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu kalau korang dapt rasakan inya hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.Yelah,kalu makwe tau pakwe korang dah pergi dulu,takkann tak carik pengganti beb....melainkan korang betul2 cinta gileeer lah...tapi kalau di jadi hantuuu?haa....nasiblahh korang..

Cinta Itu Suci .Sebagaimana yang korang tahu, cinta itu suci. Suci daripada hadas besar dan kecil...Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta dari orang yang ingin dicintai. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Tapi kalau korang tengok apa yang berlaku pada akhir zman nih,banyak anak yang bru lhir kerana cinta yang hanya bersulam nafsu dan kejahtan...melayu pulak tu yang ramai..bodoh ! Mereka yang kenal erti cinta serta betapa indahnya cinta yang dikurniakan Tuhan pada makhluknya akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta yang suci jadi bernoda dan berdosa...Bila perasaan menguasai akal maka musnahlah kesucian cinta.."Letakkanlah akal agar sentiasa berada dihadapan perasaan".Agung sebenarnya cinta ni...


Yang akhir sekali,,Cinta perlukan bukti. ..Ha...korang kalau nak buat claim apa2 mesti ada bukti pembayran kan beb..pling kurang korang amik resit kat kedai apek mana ,pastu tulis jek amount atas resit tu,janji ada bukti kan Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.

Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya..itulah yang berlaku sekarang niii..nak bukti konon.pada org2 pempuan,janganlah percaya cakap2 jantan keparat jenis macm nihh....Orang lelaki jenis macam nih,cepat2lah korang reject dari dibuat laki..memang jahanam..Lepas dia jahanamkan kau dia blah mcm tu..

memang si** jantan mcm nihh....cinta konon..

kalau dia betul2 cintakan korang(pempuan) dia pasti akan kumpul duit,atau pergi bank rakyat yang sedia membantu masalah kekurangan modal untuk kahwin..jumpa mak bapk korang(pempuan) antar pinangan..Baru lh gentle bro!wat ape lah nak serah segalanya..Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika korang beri semua yang si jantan keparat tu mahu,apakah yang tinggal pada korang ? Benarkah dia cinta pada korang bila dia mahukan pengorbanan korang?atau korang memang nak jadi korban si jantan jalang nih...Lu pikirkan lah sama2 dengan kawan2 lu..Jangan lepas tu baru nak menyesal..keluar paper,saya di**** teman lelaki...Jadahnya,dah sama2 suka,lu buat statement cmtu plk..bru la nak dtang insaf,sedangkan si jantan dah lesap..bodoh2..muka jek lawa tapi peel mcm setan...

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.Ikut jalan yang diredhai Allah,insyaalah cinta akan kekal sepanjang hayat,sepertimana cinta agung para nabi..dan cinta aku pada Nurul Huda binti Abd Wahab.....I sayang u tau darling..walaupun kekadang u tengok i mcm tak ada perasaan..hehe.. stendetlah lelaki.......

Akhirul kalam,temuilah cinta sejati,walaupun ianya datang dan pergi,semaikanlah cinta pada hamparan jiwa wlaupun untuk seketika cuma dan Suburkanlah rohani dan jasmani dengan mencintai yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani......wallahualam...


Syukran.


p/s:kalau ada kesilapan ejaan dlm blog aku,aku mintak maaf la kan,bukan dapat markah punnn..dan aku tak perlu korang komen psal kesilapan ejaan,cukup sekadar dapat berkongsi satu bentuk penulisan merapu dari aku........... aliaalissa's

Sunday, August 2, 2009

Orang dan kereta...



Aku memang mengidam tahap gaban keta nih.1 hari nanti sure aku leh dapat.

Hola!Salam buat semua...lama sudah blog ni sepi tanpa sebarang entry...korang tau jelah,orang keje sambill belajar cam aku nih tak tentu masa nya beb..Ada masa yang sangggat lapang tapi takde mood nak create entry baru,ada masa yang kepala rasa mcm nak kabooom!mcm bom jangka yang meledak..coz assignment dah due date!so sebab apa tak ada entry baru dalam blog aku nih?ha sebab aku masa tu jadik org yang tak tentu arah menyiapkan asignment yg pensyarah bagi....haduhaiiii...mcm nak menangis beb!apapun semua tu aku dah lalui sebelum n sebelumnya lagi...dah nak abis belajar pun tapii still wat keje last minit...padahal keje leh sattle dalam 3 hari jek..Eleh bukan aku sorang yg mcm tu..semua kengkawan pun mcm tu..setidak-tidaknya aku takle sampai rabak2 mata menahan ngantuk untuk siapkan kerja2 tu semua...pengorbanan beb demi menggenggam segulung ijazah..cayalah.....


Oraitlah...panjang pulak aku punya intro..sebenarnya aku bukan nak citer pasal tu tapi pasal sebuah kenderaan pengangkutan yang yang berlambak2 kat jalan tak kira jln kampung ke,jln bandar,jln tk bertar mahupun jalan2 cari makn..semua guna kereta..tapi ada ke tempat yang orang tak gunakan kereta?....korang cariklah sendiri.

Sebut jek Mercedes Benz,BMW,Toyota,Nissan,Honda,Proton,Perodua,Ford,Mazda dan macam2 jenama lagi yang aku nak sebutkan kat sini pun terlalu banyak...Semua orang tahu yang itu jenama bagi kereta.Anak aku yang 5 tahun pun tahu ..nampak jek keta kat jalan dia leh tahu tu keta apa. cuba korang tengok betapa kereta nih menjadi satu keperluan bagi kehidupan manusia kat muka bumi ni..agak2nya kat plenet lain ada kereta tak?aku tk sempat nak kaji lagi..mungkin ada kot.Wallhualam.

Kalau korang tengok tiap-tiap hari kat jalan macm2 jenis keta yg lalu lalang ye tak.Ada yang besar,kompak lagi comel,standard kedai,yang dah tak menyerupai keta pun ada.Dah macam transformers tak jadik pulak aku tengok.Itu masing-masing punya selera lah kan.

Kebisaanya kereta ni melambangkan ciri-ciri si
pemiliknya.Kalau korang tengok kereta seseorang tu bersih ,berkilat,tayar sentiasa tak berhabuk ,interior bersih n wangi serta masih tidak terdapat sebarang penambahan eksesori lain,maknaya orang tu penjimat atau dalam bahasa agak kasar k.e.d.e.k.u.t..ok aku cuba buktikan yang telahan aku ni betul.Mana tak bersihnya,mana tak berkilatnya kalau dah keta dalam seminggu boleh dikira dengan jari berapa kali jek keluar dari garaj.Itupun sebab minyak motor dah abis.Pastu selubung keta baikkk punya.Sanggup naik motor ..nak jimat katanya.Betul tu memang betullah tapi kalo setakat beli keta mahal n bayar insurans /roadtax tiap tahun tak diguna semksima mungkin.Pekehalnya ye tak....itu orang yang penjimat lah..

Cuba pulak korang tengok kereta yang keadaannya macam jamban dari luar kat dalm pulak mcm reban ...memang pemilik kereta nih jenis kurang rajin dalam aspek penjagaan kereta.Asalkan keta boleh stat,tak meragam dah kira orait lah bagi dia.Aku rasa kat dalm keta dia mcm2 khazanah ada agaknya..Memang pemalas giler.Apa salahnya setakat kuar RM10 untuk belai keta dgn snow,kasik vakum ckit,tyar kasik kilat...kalo lah keta tu leh besuara...agaknya..dah lama tuan dia kena thn wad.Maslahnya skang orang pempun lagi hndal bab2 penjagaan kereta.Nama pun pempuan kan .Zahir yang nampak sempurna di mata.Kalau korang tengok pemilik2 keta yang pempuan nih dia punya keta sentiasa bersih,dalam ada bunga2an,paling kurang anak patung atau bantal atau tak pun bunga letak kat dashboard yang begoyang2 daunnya tu.Tapi tak semua yang mcm tu.Ada gak yang kategori kemproh..Sama halnya dengan yg aku citer kan tadi.Asal leh stat kira oraitlah..

Lambakan kedai2 aksesori keta mcm cendawan tumbuh lepas hujan yg diselangi guruh.Penglaman beb.Dulu mak aku selalu cakap kalau ujan ada guruh,cuba la tengok kt kebun2 pasti ada cendawan.Apa rasionalnya aku pun tak tahu.Tapi masalahnya memang betul beb!orang dulu beb,segala kejadian alam boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.Cuba korang cakap mcm tu kat anak2 sekarang...mcam2 lah soalan diaorng.Mana ada dalam kepala diaorang benda2 mcm tu.Ok berbalik semula pasal kedai aksesori keta.Memang banyak,yang kecik,yang besar,semuanya ada.Korng cuma pikir apa benda yang korang nak tempek kat keta korang dengan bajet yang agak sesuai. Ha kalo orang yang jenis macam nih memang tak kisah melabur ribuan ringgit untuk pastikan bini nombor 2 dia gerek dipandang orang.Kalo lalu jek pasti orang akan pandang,sama ada merepek atau pun cantikkk.Tu lum lagi dengan rim sukan yang gedabak dimasukkan .Kena pulak dengan bodykit.Dengan skirt seksi,eksoz mcm meriam,spoiler n gt wing yang leh wat ampai time sesak..Perghh meleleh wa cakap lu..Sampai ada yang tak sedar diri pun ada gak...

Kegilaan orang terhadap keta sama gak tahap gilanya diaorang masa memandu.walaupun tak semua org giler yang tak boleh memandu.Sebelum dia jadi giler sebenarnya dia pemandu..hak.hak.hak.Kekadang gtu aku geram gk,keta kecik jek tapi dia punya besit ngalahkan keta berkpasiti 2.0 n above.Mcam setan!tu jek yang kuar dari mulut aku yang kekadang tak de insurans nih kalo keta aku kena potong dek keta2 yang tak sedar diri nih..Apa jenis orang nih aku pun tak tau nak kata.APa lah salahnya korang bawak ikut peraturan yang dah ditetapkan.Kekadang ada gak suara2 yang agak ce****tuut nih."Beli keta power2 kalo tak besit wat mende bro!"Jadahnyer kalao lu tak nyusahkan orang lain takpe lar kan.Lu nak telungkup-telungkuplah sorang.Ni tak,org yang tak bersalah jadik mangsa kebangangan orang lain.

Ada gak orang yang bawak keta slow nak mam***tut...Dah tau jalan depan tu kosong giler,lu leh bawak mcm orang baru pas sunat tu wat mende?Bila potong jek tengok kat sebelah ada awex!hadoi aiii..mcm lah ko tak penah ade awex dulu!sori lar ek aku tak mcm tu...kalo gaduh lagi laju aku bawak..wakkaka ..Tak pasal2 kena sumpah ngan keta belakang..Kalo lu nak bercinta cintun ker ,better stop your car n park kat tepi lar bro...nyusah tul.Lagi satu kalo ada la warga2 emas.Mintak ampun yer warga emas semua,kalo bwk keta tu alamak hai,,lajunya pakcik,lajunya apek,meter pun mcm gerak tak gerak jek yek.Kalo kyuh beskal pun laju ...Sabo je lah....


Apapun yang aku cuba tuliskan kat sini sekadar pandangan dan apa yang aku observe lar.Tak salah ada keta cantik,tak salah kalo korang nak solek,tapi cara korang kendalikan kereta korang kena lah molek...barulahhh gerek..Aku pun minat gak tapi kata orang ukur lah baju di badan sindri...n bak kata nabil rajalawak lu pikir lah sindri.!.ITU ler kisah bila kita citer pasal orang dan kereta.Pada aku apapun kereta yang kita pakai,sama ada cap mahal ke,cap sardin ker,laju ker atau perlahan ker kalo tak bayar tetap kena tarikkkk beb..

Jumpa next entry...adiossss
.