Tuesday, January 11, 2011

Sayonara Sejati

Isk..isk..camner aku nak mulakan entri nih.Belum mula lagi dah macam nak sedih jek nih.huhu..
apapun kehidupan perlu diteruskan ye tak...ok lah ada sesuatu yang ingin aku katakan kat entri ni...

SK Seri Sejati,Pt Basri Seri Medan Batu Pahat.Mungkin bukan sebuah sekolah yang 'famous',yang ada satu trademark untuk orang kenal sekolah tu.Biasa aje.Ada yang tak tahu pun waimah dalam satu daerah..Jauh kat dalam kg sekolah tuuu..Tapi ,dalam kejauhan tu tak pernah ada yang merungut untuk mencurah bakti kat sekolah tu.Suasana kg yang begitu damai pada waktu pagi,melawati jalan-jalan yang penuh dengan pokok-pokok sawit dikiri kanan jalan,berselisih ngan awek-awek kg yang keluar untuk pergi kerja(cuci mata sikit coz anak2 dara kat seri Medan nih leh tahan gak hihi..) menyebabkan hati begitu tenang untuk ke sekolah..best wa cakap lu..masa kat KL mana dapat beb!

2004.Itulah pertama kali aku jejakkan kaki ke sekolah ni.Inilah tempat untuk aku mencari rezeki.Menimba pengalaman baru bersama rakan-rakan baru,suasana kerja yang baru dan segalanya baru.Berkobar-kobar rasanya untuk aku berkhidmat kat sekolah nih.

Ramai rakan-rakan yang sekepala kat sekolah ni.Boleh dikatakan semua aku rapat tapi tak semuanya lah.Ada gak yang pekung!cheh..Menegenali setiap karekter setiap guru kat sini bukan nya susah sangat sebab bilangannya tak ramai lebih kurang 30 orang aje termasuk pekerja.So,mudah lah nak kenal perangai setiap orang.Yang rajin,yang peramah,yang boleh gurau kaw2 punya,yang tak leh wat gurau,yang kaki bisnes,kaki lewat,kaki maki semua ada.so tak heran lah kalau aku ni terlalu memilih kawan.(tak jugak sebenarnya.ko akan rasa sendiri samada orang tu sesuai atau tak ngan jiwa ko)

Macam-macam yang aku perolehi sepanjang aku bertugas kat sini.Dari segi pergaulan,semangat kerjasama,semangat pentingkan diri,sikap menunjuk2 yang tak kena tempat,semuanya aku lalui kat sini.Setakat bertikam lidah sikit2 tu biasalah.Ramai gak rakan-rakan yang silih berganti keluar masuk kat sekolah ni.Antaranya,aku senaraikan kat bawah ni:
1.Muhd Faiezi Hj Bahrol.(kawan aku yang very sporting n gila-gila.Beliau jugak merupakan fan Liverpool)berpindah ke PKG Bandar.
2.Pn Manjit Kaur (GPK HEM)
3.Pn Kuldip Kaur(BI)
4.Hj Hamid (mantan GB sebelum ke SK Sejagong)
5.Cikgu Ali Musytari (mantan gpk1)pun sekepala ngan aku.tapi sekejap aje kat sejati.
6.Cikgu Maidin bin Abu Bakar(GPK koko dan GPK 1.sangat2 baik.)sekarang GB di Sk Seri Paya.
7.Ustazah Fatemah(kalau tak silap aku)pun sekejap aje.Pindah ke N9.
8.Cikgu Khomsan Bahri(gpk koko.Sgt2 frendly.Tak kisah apa pun.)pindah ke SK Bandar kemudian ke SK Seri Paya.
9.Cikgu Roseli bin Kamri(gpk koko.Pun sgt2 frendly)pindah ke SK Seri Pasir sbg gpk1.Sekarang GB kat SK Air Putih.
10.Isyanti Ithnin(sangat2 frendly)pindah ke sk air putih..Sekarang tak tau kat sk mana.
11.Ustazah Nurhidayah bt Nawawi(kawan yang sgt bes n boleh dibawak bincang).Balik ke Pahang.
12.Ustazah Aifaf (sukar diramal)ke Kota Tinggi.
13.Pn Hasnitawati Hisham(sgt sporting,baik tapi sukar dijangka.Sangat suka pada metafizik)pindah ke SK Tenaga Setia.
14.Norfatikhin Salim(juga sukar diramal)ke SK Seri Pasir.Sama gak jauhnya.Baik tak yah pindah..
15.Syarul Siam(aku le tuuu hihi)..pindah ke SK Parit Lapis.Tak le jauh nau dari umah aku.
16.Cikgu Miswan Badli(Bos KOKO yg sangat2 bes n frendly ngan aku)pindah ke SK Seri Pasir.Naik Pangkat GPK 1.Tahniah.
17.Lupa plak..Salina Yusof (PT)pindah ke SK Seri Chantek.

Tu le senarai guru2 yang dah pernah berkhidmat kat Sejati semenjak aku masuk kat situ.Nampaknya jodoh aku tak panjang dengan Sejati.Cukup 7 tahun aku mencurah segala bakti dan keringat,berpanas,berhujan kat padang akhirnya terpaksa jugak melangkah pergi untuk mencari suasana kerja yang baru.Memang kalau boleh aku nak sattlekan kenaikan time based(dg32 aku ngan dg41 kat sini)huhu,tapi aku sebagai manusia,kita hanya mampu merancang.Mungkin ada rezeki di SK PT LAPIS lepas nih.

Sekalung ucapan terima kasih buat rakan2(Fahmi,Din(Zainudin Soyono,cikgu Zaki,Cikgu Harun(tolonglah ubah cara pentadbiran tu)abang Yan(Safian Dasuki),Cikgu Nani,Zulkarnain,Cikgu Sarkawi,Ustaz Rauf,Kak Gee(Raziah Bahrom),Kak Ros(Rosidah Kamsin),Aleen(Noor Azlina Amin),Kak Yah(Nazmiah Ismail)AidaM.Setapa,Kak Ana(PRA),Kak Zarah(Pra),Kak Radiah,Cik Yakin,Hj Bakri,Mak Mah,Mak Jam,Cik Sidah,kak Yan(org2 kuat kantin) Cik Mat (jaga)Paat(jaga)Kawan yang sangat bes Tn Hj Yahya,Cik Sahom dan Lan.Arggghh tetiba aje sedih bila sebut satu persatu nama diaorang nih.Mana taknya,dah tujuh tahun aku kat sini,diaorang ni dah macam keluarga rasanya.Apapun terlalu banyak kenangan yang aku dah lalui kat sini,terlalu singkat pula rasanya jodoh aku kat sini dan semakin sayu untuk aku tinggalkan semuanya tu.Tapi itu semuanya dah tertulis.Yang manis kita kongsikan yang pahit kita telan sendiri.

Sekarang ni dah bertugas di tempat yang baru dan aku mengharapkan suasana kat Sejati dulu boleh aku dapat kat Sk Pt lapis nih malah lebih baih lagi hendaknya.Apa yang paling penting keikhlasan untuk bekerja dan keseronokan bersama rakan sejawat.kalo tak ada semua tu.hancussss beb!Selamat datang untuk diri aku sendiri ke SK Parit Lapis.Sayonara Sejatiii..