Saturday, June 27, 2009

Kaloi@Pasific bowl


Salam buat semua.....

Malam tadi,aktiviti Kaloi berjalan mcm biasaa.Mana lagi kalao bukan port biasa...boling laaah..Setelah perjaanjian dimetrai,semua stuju nak datang tp last2 minit ada gak yg keuzuran..Mr Marshall kit En Rosli Es ngan pn Mas tersalah nengok tarikh la pulak...En Aminnn tak dapat datang,En Rosli Ustaz pun tak dapat dtg,Nazri keje...Eh berapa ramai Rosli dalam Kaloi nihh.pening aku.Takpe geng aktiviti kita nih bila2 leh buat.Lagi raamai yang turun lagi meriah kann..
So mcm biasa open game stat kul 2130 lebih kurang..Yang dah awal2 sampaai dan menunjukkan tanda2 seorang juara sapa lagi kalo bukan Cikli n Cikbar kita neh..Ewah siap layann k-box eh...Mr Fahmi membuat kemunculan sulung dalam game nih bersama familinya yang begitu semangat berjersi sedondon purple air nila.Manakala kaki bakar yg paling semangat Mr Faris n Famili juga ala2 sedondon malam tu...Aku pun mulanya nak berjersi gak tapi last minit tukar...Apalah cik nurul neh.....Encik Ah Fai peroduaa plak attend knduri dulu...takpe bro u sattle sana dulu,kitaaorg kasi key in u punyer nama..Bro ni leh tahan game dia..Pro beb...Peroduaa katakannnn..


Game bermula dengan agak ganas diikuti jatuhan pinn yang tak disengajakan serta lorongan cantik bola ke longkang2...He.He...8 orang pemain menunjukkaan aksi masing2,ada yang cuba spin ball,drift ball,dragon ball,hook ball n fish ball pun ada ha itu skill cikli..wakakaaa dan tak kurang pula yang melepaskan bola ke arah belakang smpaikan player jiran berusaha mengelak kaki masing2 dari dicagukan oleh kak su aka wife rooneymie..lawak btul..Tapi ini lah yang dinamakan semangat kesukanan beb semangat Sang Kaloi!cayalah u all...

Game pertama didominasi oleh.....sapa ek?haa ha akulah taapi agak teruk la...Diaorang mmg naak sgt tgk aku kalah...Well u know me..Bukan la nak kata aku ni terer sgt tapi bolehhh la kalo nak bandingkan masa mula2 aku kenal erti bowling neh..


Setelah banyak aksi2 terlampau yg tak mampu diceritkan di sini,cikli menunjukkan skill hikmah cincin akek berpuaka miliknya..mana datang soon di agaknye..asik menjadik jer dia punya ball.Lepas spare,strike diikuti spare n strike lagi..pergggh...apa rahsianya?ooo rupenya bila dia tepuk tangan kitaorang,scara tak langsung dia sudah sedut kita punya aura skill ..itu yang dirungkaikan oleh bomoh penawar kaloi iaitu Mr Ah Fai aka faizal pero2..hee..stat pastu kita org tak nak tepuk tangan ngan dia lagi..Hipotesis yg kita buat mmg betul bila bola cikli mulaa merapu ..Tapi itu cuma trick cikli aje.Game kedua begitu sukses buat beliau bila mencatatkan jatuhan botol putih tertinggi sepanjang beliaau main boling nehh,Menjadik dah cikli ko punya cincin akek berpuaka tuuu....


Akan tetapi ,Ah Fai yang mmg terkenal dgn skil potong tang corner nya berjaya gak menggungguli game mlm tu dgn jatuhann pin keseluruhan tertinggi...Congrat bro!Yang lain2 tertunduk lesu tak bermaya.Si Faris begitu berbangga dgn pencapaian beliau menang satu pin dengan aku cheh!hampeh betul.Rooneymie yg mempamer kehebatan aksi sulung bersama kak su kesayangan juga nampaknya berpuas hati dengan pencapaian beliau.Cik Nurul ngan cik Bar pula berebut2 nak dapatkan tempat last tapi diaorang ada skill mengcornerkan bola yang kini masih menjadi rahsia.Adakah mmg diaorg punyai skill atau tangan diaorang mmg jenis tangan x bedung?keh.keh.keh kitaa tungggu next game la hoooo..

Apapun gamme mmg meriah dgn anak2 yg berlari-larian buat mcm umah sendiri,lebih2 lg anak aku..lantak lah naakkkkkkk janji sok korang chamapion dlm boling...

Wednesday, June 24, 2009

Impian yang tak sudah

Mengapa disebut perihal impian..
Kalau tiada yang mahu diimpikan..
impian satu dimensi menuju sebuah kenyataan....
kenyataan tercipta hanya pabila usaha dilipatgandakan....
apa ada pada sebuah impian yang bisa mengkhayalkan fikiran...
untuk mendapat yang bukan-bukan....

Kenapa ada sebuah impian.....
Jikalau tidak jadi kenyataan....masa terbuang mencipta ruang,
Pada khayalan yang bukan-bukan....
Demi mencari satu kepuasan...
Yang mana pernah dikatakan,
Di mana ada kemahuan...di situ ada jalan...

Impian bukan satu momokan...
Bukan igauan...
Bukan sekadar mainan perasaan...
Bukan hanya sekadar tempelan......
Bukan lakonan .....dan
Bukan omongan yang hanya mengundang kelucuan orang.

Ada apa pada sebuah impian?
Jenuh sudah mencari jawapan....
Pasti impian jadi kenyataan..
Jangan impian tinggal khayalan...


p/s :tulen dari otak aku....

Dah masuk bulan Rejab dah...

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.


* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulanpahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orangyangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajibbaginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.


Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. P E R H A T I A N Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

sekadar renungan buat kita khalifah Allah .

Tuesday, June 9, 2009

Bercuti di The Legend Water Chalet












salam buat semua....

Mula aje cuti sekolah hari tu aku dah buntu n nak pecah kepala dibuatnya bila dok pikiaq pasal cuti sekolah yang tak berapa nak cuti neh.Ia la kan aku dah listkan semua perkara yang akan aku kena buat sepanjang cuti sekolah nih..HAi nasible...orang kata jadik cikgu nih best cuti banyak...Ha ah! ye lah tu...nama jek cuti tapi penuh dgn aktiviti ..macam2 ada...astro la plak!..



Lepas jek kuliah hari tu,aku dah plan ngan nurul nak pi bawak Alia Alissa bercuti2 Malaysia..cadangan lokasi awal LAngkawi....kensel..kedua Genting,kensel gak.Ketiga,Cherating.....pun kensel gak...last2 lepas berdiskusi dan selepas menjadikan Hamid Corner k4 sbg tempat mencari idea..tempat yang dipersetujui ialah The Legend Water Chalet...Yeslah memang aku ngidam nak pi tempat tu..Bulan lepas just survey jek dengan team Kaloi..Aku terus jek call utk buat reservation.Harga boleh tahan lah 5 bintang beb.Tapi oleh kerana aku memegang tiket sbg gov servent,so ada la diskaun ckit.Orrait lah tuh.....



aku dah tak sabor nak menjejakkan kaki kat The legend nih..Pas jek amik Nurul dari kuliah,sempat gi jemputan kat rumah member jap...haaa dah save lunch ari nih...so balik kemas2 barang apa yang patut.......zooommmm lets go bebeh!The Legend,here i come.....


Sampai kat The Legend dah pukul 5 lebih beb...oklah terus chek in..dapat bilik yang paling hujung 035 L ....memang seaview habih beb...seronok giler bila tengok bilik yang cantik,ngadap laut, nyaman n aman damai..cuma jauh ckit lah ...takpe janji orrrait..Satu jek yang aku nak kongsi..boleh baling pancing dari anjung bilik beb......fuyoooo.tu yang bes giler bagi aku.Takyah susah2 nak carik port mancing...


Aku dah tak sabor nak baling pancing nih..aku pun tak tau le...semangat mancing aku makin membuak2 skang nih. memang mancing nih hobi aku sejak zaman kecik dulu tapi sejak kejadian member aku tekene batu ladung kat dahi,disebabkan aku..aku jadik fobia n mcm tak dak mood dah nak mancing..tapi tu 15 tahun yg lalu..Skang nih bila ada geng mancing(kaloi),especially abang long yang ada minat yang sama, boleh tahan gak kaki pancingnya dan semangat mancing yang tinggi,so aku jadik lebih teruja untuk menceburi bidang mancing-memancing neh.cheewah...



ok la aku sambung smula..malam tu aku mancing guna umpan kepala sotong ..Dekat satu jam tunggu takdak sentap pun tapi ikan melompat2...saje kasik bakar sama aku..siap kau...aku pun biarkan lah pancing kat luar...bila aku kluar balik ,aku tengok pancing aku dah kene sentap beb!Fuyoooh,sibbaik aku tak lock,kalo tak sure terjun pancing kesayangan aku tuh..(walaupun bukan shimano or abu gracia)tapi sayang weh!


Aku apa lagi terus sambar then lock.memang kasor beb...cara dia sentap tuh aku dapat bayangkan paling kurang gemang setengah kilo ...lenguhh beb layannn.memangg melawan giler..aku bukan nak auta neh,org umah ngan ank2 aku pun ada masa tuh...layan,punya layan dah hampir sampai tetiba jek *tus......putus...beb!Arggghhhhhh hadui aiii frust giler aku....terduduk jap mikir..terus send msg kat faizal aka ah fai perodua(bro neh leh tahan gak bab mancing2 neh)...hadui sayang beb ...takdak rezki nak wat camner......tunggulah aku angkat shimano sebijik nanti...


ok la diringkaskan citer,aku kat the legend 2 malam n sempat pi aquaria klcc bawak alia alissa pi tengok ikann.mahal giler tiket dia.Takpelah sesekali bawak anak2..kekadang terpikir gak aku,bertuahnya anak2 aku jika dibandingkan dengan aku dulu,nak pi jalan2 mcm nih .hmmm tak dalah ..yelah kehidupan dulu ngan skang lain.memang bersyukur n bertuah dapat bagi yang terbaik buat anak2 aku.kalu dulu aku tak dapat mcm apa yg diaorg dapat,tapi aku puas dapat bagi apa yang aku tak dapat dulu pada diaorang..alamak touching plak..hiiii zaman kan berubah bro...dulu mana ada klcc....ye tak ye gak ek...

overalll,percutian 2 hari kat PD neh mmg bes n happening.cuma tak dak kengkawan la kan.kalo ada geng lagi seronok..Insyaalah,mungkinn untuk kaloi,akan ada kaloi the return ke PD...ok korang tengok lah gambo2 yang aku selit kat c ni ek...adiosss.



percutian yang sangat best...yeehaaaaaa