Monday, January 26, 2009

kisah lawak


Gila lah.



Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?""Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la." "HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?""Kan kami nie pemain simpanan...".




moral: bukan semua org gila tu tak betul...


Pecah.
Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman. Mereka bernama Amin dan Susan .
Susan: "Min, kenapa kau sedih?"
Amin: "Ayahku masuk penjara."
Susan: "Kenapa?"
Amin: "Ayah pecahkan kaca tingkap..."
Susan: "Hah...pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?"
Amin: "Dia pecahkan tingkap kapal selam."
Susan: "Patut le..."

Nenek oh nenek
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."




ha.haaa lawak tak..



FArewell TT at JB (Southern chap)

Dua minggu lepas geng2 v-sixers ada TT at JB untuk meraikan Tun.Aku tak dapat pegi coz ada urusan yg tak boleh dielakkan.Daripada gambo2 yang diaorang bg,aku rasakan yg majlis tu mesti gempak selebriti punyer lah...you olang kasi tengok sajelah gambo2 nihh...


Acara taklimat sambil mengutuk member...


southern chap members


berkumpul sebelum bertolak...



penyampaian cenderamata utk Tun.



sesuatu yg lucu berlaku nih..

cantik tak?


Hadiah daripada Tun


Tak leh jadik mcm nih,aku mesti usaha sesuatu untuk membolehkan aku turut serta kat Bukit Merah nanti....tungguuuuuuuuuuu.















Thursday, January 15, 2009

HAPPY BIRTHDAY EICA.

yeeeee dapat kek besor...

untuk makluman ni bukan gambo bday eica..saje2 je letak.heee

Hapi bday to you...2x
Hapi bday to Eica...
Hapi bday to youuuuuu..

Semalam kami celebrate bday Eica kat KFC bandar..sekejap je rasanya dah setahun umur Eica..
secara tak langsung terasa la pula diri ni dah nak tua.Dah nak tua..i repeat dah nak tua.tapi lum tua lagi...he.he...rock steady beb.Semoga anak2 ku sentiasa diberi kesihatan yang baik,dipeliharakan keselamatan, menjadi insan yang tergolong dalam golongan cerdik pandai ,berguna kpd ibu bapa,agama dan bangsa..Insyaalah..

Seronok rasanya semalam dapat luangkan masa walopun tak lama(ibunya ada latihan rumah sukan plak pas tu)tapi very sweet lah...
Adik yang sambut birthday,kakak plak yang dapat hadiah(kfc toys)camner tu ek..betullah budak kakak nih. So ,bapak2 sedara n mak2 sedara tak reti2 ke nak huloq hadiah kat eica ni....tengok je lah gambor2 kt bawah ni sempena bday eica yang ke satu tahun..hi.hi main belasah jer ayat aku ni.

yummmy..yummy...

mana apinya...eica nak tiup laa

ala kakak tak jeles pun tengok kek eica...
besornya kek ni...leh abis ke eica makan nih...

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY LOVE NUR SYARAH ALISSA........."

Wednesday, January 14, 2009

www.v-sixers.com

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

v-sixers club

geng2 v-sixers

Asmkm.ketemu lagi dalam catatan aliaalissa nih..setelah beberapa tahun memendam hasrat utk jadi sebahagian daripada komuniti v-sixers(kelab perdana v6 malaysia)akhirnya berjaya gak aku menempatkan diri dikalangan mereka(v6 owner) nih.Setelah me "let go Evo versi Malaysia" kesayangan,dapatlah aku memiliki sang perdana persis mutiara year04. KIra dah tercapai le hajat nak pakai v6.(level tertinggi dalam famili proton)riak2.skang ni aku masih baru lg tapi dahh dapat beberapa kawan yang bes2 belaka(tq Mr Yazmeen sec) and (Mr. Ballack rep south chap)yang sudi tunjuk ajar sbg permulaaan dalam kelab v6 nih.tapi lum bersua muka lg.just chat in forum.tapi dari apa yg aku rasa,diaorg nih semua hebat2 blaka.kereta diaorg pun semua dah upgrade n cun2 wooo.(sekadar melihat gambo n majalah).

Pantang ada artikel pasal v6 dalam majalah sure aku terjah kedai jual majalah punyer..tak pun kongsi baca dengan GPK KOKO aku (M r. Miswan)yang memang understanding dgn minat aku nih..minat jerr lebih.knowledge pasal keta haussssss..stakat basuh keta pandai arrrr..Banyak gak event2 yg kelab buat sebelum nih.utk tahun baru 2009 nih ada OG N FAREWELL TT kat JB 18.1.2009 for southern chap.then 20-22 feb ada AGM N ANNUAL DINNER TRIP kat BUKIT MERAH LAKE TOWN PERAK..time nih la nak jumpa member baru.Aku lum pasti lg dapat gi ke tak.Hajat tu memang setinggi menara taming sari kat melaka nuuh nak follow konvoi nih.Insyaalah la kalau ada rezeki n tiada halangan aku follow la.Kalo dah tak leh nak wat camner ye tak....Tapi eden torai utk follow laah.

Wednesday, January 7, 2009

10 Muharram1430H

hari ni ada sambutan maal hijrah peringkat sekolah.Sambutan ala kadar jer.Tak mcm tahun2 sudah. napa agaknyer.pelik gak.JImat koot.10 Muharram ni jugak dikenali sebagai hari Asyura.Banyak sejarah yang berlaku pada Hari Asyura nih.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Sebagai umat Islam,marilah sama-sama kita selami dan hayati keindahan bulan Muharam in.

SELAMAT BERTUGAS KEMBALI


Meeting time.........




asmkm.jumpa lagi setelah beberapa ketika menyepikan diri..bukannya apa sejak sekolah bukak,macam-macam kerja kena dibereskan.maklumlah awal tahun kan.30.12.08 ari tu dah stat mesyuarat pentadbiran utk sesi 2009.semangat beb dtg sekolah.Bkn apa dah lama nau cuti.So alhamdulillah dapat jumpa semula rakan2 seperjuangan yang setia berbakti kat SK SERI SEJATI nih.bUAT RAKAN2 selamat memulakan tugas mendidik anak2 murid utk sesi 2009 nih.



SEMUA KHUSYUK DENGAR TAKLIMAT GB